Jangan Sampai Tertipu Management Account Tak Lengkap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Ramai usahawan kecil dan sederhana hari ini semakin cakna tentang pentingnya mengurus kewangan syarikat secara profesional. Tapi… ada satu kesilapan besar yang masih berlaku; serah bulat-bulat urusan akaun kepada orang luar tanpa faham apa yang mereka sediakan.

Lebih malang, ada yang tertipu dengan laporan kewangan “main buat”, tak lengkap dan tak ikut format sebenar. Akibatnya? Bila LHDN datang audit atau semakan dibuat, barulah tersedar laporan yang dihantar tak sah, tak telus, tak lengkap malah berisiko tinggi dikenakan penalti dan tindakan undang-undang.

Jadi, apa sebenarnya yang perlu ADA dalam Management Account? Jom fahamkan isi kandungannya satu per satu.

Management Account ialah laporan kewangan dalaman yang disediakan secara berkala sama ada bulanan ataupun tahunan untuk membantu usahawan faham kedudukan kewangan syarikat secara semasa. Ia bukan sekadar “senarai untung rugi”, tetapi satu dokumen penting yang boleh menyelamatkan (atau menjahanamkan) bisnes anda.

Ini laporan yang menunjukkan berapa jumlah jualan, kos barang, perbelanjaan dan keuntungan bersih syarikat anda dalam satu tempoh.

Laporan ini tunjuk apa yang syarikat miliki (aset), apa yang syarikat hutang (liabiliti), dan baki pemilik (ekuiti).

Menunjukkan pergerakan tunai masuk dan keluar syarikat. Ini penting untuk tahu sama ada anda ada cukup tunai untuk bayar gaji, sewa dan komitmen lain.

Laporan profesional akan sertakan penjelasan tambahan – contohnya: kenapa jualan turun? Apa sebab margin untung kecil?

Laporan ini bandingkan prestasi bulan ini vs bulan lalu, atau tahun ini vs tahun lepas. Ini penting untuk bantu anda buat perancangan.

Ini adalah rekod terperinci bagi setiap transaksi kewangan syarikat setiap sen yang masuk dan keluar akan direkod dalam akaun tertentu seperti Jualan, Gaji, Sewa, Bank, Inventori dan sebagainya. Ledger ini penting untuk kesan ketepatan laporan utama (Profit & Loss, Balance Sheet dan Cash Flow).

Kalau laporan anda disediakan oleh individu yang:

  • Tiada kemahiran dan kelulusan  
  • Tak ikut standard perakaunan
  • Sekadar “copy paste template”


…anda mungkin berdepan kesan serius seperti:

  • Laporan percukaian yang salah menyebabkan LHDN mengesyaki penipuan cukai
  • Tiada justifikasi audit bila diaudit, tak dapat kemukakan dokumen sokongan
  • Kehilangan peluang pembiayaan bank atau pelabur tak percaya pada dokumen kewangan anda
  • Tindakan undang-undang termasuk penalti, kompaun atau tuduhan jenayah kewangan jika terbukti cuai atau menipu


Laporan yang cantik dan penuh graf tak bermakna kalau anda tak faham apa isinya. Anda tak perlu jadi akauntan, tapi anda WAJIB tahu apa yang perlu ada dalam laporan kewangan anda sendiri.

Tanya penyedia laporan tu dengan soalan ni :

  • “Ada tak aliran tunai?”
  • “Margin untung bersih saya berapa?”
  • “Kenapa kos operasi naik bulan ni?”
  • “Ada detail ledger account & fullset tax computation tak?”
  • “Key-in guna sistem atau buat excell sahaja?”


Kalau dia tak boleh jawab atau kelihatan mengelak itu amaran awal.

Ingat!, laporan kewangan ialah cermin sebenar bisnes anda. Jangan sekadar serah pada orang luar dan lepas tangan. Bila anda faham isi kandungan sebenar dalam Management Account, anda bukan saja elak tertipu malah lindungi diri dan bisnes anda daripada risiko yang besar.

Rencana Terkini

Kategori