Laporkan Belanja Modal Perniagaan & Dapatkan Pelepasan Cukai LHDN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Memulakan perniagaan memerlukan persediaan rapi, bukan sahaja dari segi strategi dan produk, tetapi juga dari sudut kewangan dan percukaian. Salah satu perkara penting yang sering diabaikan oleh usahawan baharu ialah belanja modal permulaan dan cara melaporkannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) untuk tujuan pelepasan cukai.

Belanja modal permulaan merujuk kepada perbelanjaan yang dilakukan sebelum sesebuah perniagaan mula beroperasi secara rasmi. Ia termasuk kos-kos yang digunakan untuk:

  • Pembelian aset tetap seperti mesin, peralatan, komputer dan kenderaan
  • Pengubahsuaian premis
  • Kos pendaftaran perniagaan
  • Yuran pengurusan dan perakaunan awal
  • Kos reka bentuk logo, papan tanda dan laman web
  • Latihan dan pembangunan staf awal


Perbelanjaan ini biasanya tidak dianggap sebagai perbelanjaan operasi biasa, tetapi masih boleh diklasifikasikan sebagai perbelanjaan modal yang boleh dituntut dalam bentuk Elaun Modal (Capital Allowance) di bawah peraturan LHDN. Selain itu, kos ini juga boleh di buat ambilan yang dibenarkan kepada pemilik selepas tahun perniagaan berikutnya tanpa implikasi cukai ke atas ambilan tersebut hanya untuk kos awalan sahaja.

Usahawan yang melaporkan belanja modal permulaan dengan betul boleh menikmati manfaat seperti:

  • Pelepasan Cukai melalui Elaun Modal – Aset yang dibeli untuk perniagaan boleh dituntut dalam bentuk elaun modal mengikut kadar tertentu.

  • Mengurangkan Keuntungan Bercukai – Sebahagian daripada kos permulaan boleh mengurangkan keuntungan bercukai, seterusnya menurunkan jumlah cukai yang perlu dibayar.

  • Meningkatkan Kredibiliti – Perniagaan yang mempunyai dokumentasi lengkap lebih dipercayai dan kurang berisiko untuk diaudit secara menyeluruh.
  • Simpan Semua Resit dan Dokumen Sokongan – Termasuk invois, kontrak, dan bukti pembayaran.
  • Kenal Pasti Tarikh Mula Operasi Perniagaan – Ini penting untuk menentukan tahun taksiran cukai yang betul.
  • Rekod Aset Tetap Dalam Daftar Aset – Sertakan maklumat lengkap seperti tarikh pembelian, kos, dan jenis aset.
  • Buat Kiraan Elaun Modal – Untuk menentukan kadar tuntutan elaun modal dengan betul dan sah.


Sebagai usahawan, memahami dan menguruskan belanja modal permulaan dengan betul bukan sahaja membantu dalam operasi perniagaan, tetapi juga memberi kelebihan dalam aspek percukaian. Pastikan setiap sen yang dibelanjakan direkod dan dilaporkan dengan teliti kepada LHDN bagi mendapatkan manfaat pelepasan cukai yang sah dan maksima.

Bagi memudahkan pelanggan kami untuk melaporkan kos permulaan perniagaan mereka, kami sertakan format laporan kos permulaan perniagaan dan sila buat serahan kepada kami melalui email rasmi di admin@akaunbisnes.my. Sila klik link download dibawah.

Rencana Terkini

Kategori