
SST Tak Sama GST – Tapi Duit Tetap Keluar
Apakah Itu SST?
SST terdiri daripada dua jenis cukai:
Cukai Jualan (Sales Tax) – dikenakan ke atas pengilang atau importer barangan bercukai.
Cukai Perkhidmatan (Service Tax) – dikenakan ke atas penyedia perkhidmatan tertentu.
Syarat Pendaftaran SST
Cukai Jualan (Sales Tax)
Siapa yang perlu daftar?
Perniagaan yang mengilang barangan bercukai. Termasuk “pengilang tak langsung” seperti repacker, assembler, dan labeler. Syarat ambang (threshold): RM500,000 jualan bercukai setahun. Contoh barangan bercukai: Produk makanan & minuman tertentu, bahan binaan, produk kimia, elektronik dan lain-lain.
Cukai Perkhidmatan (Service Tax)
Siapa yang perlu daftar?
Penyedia perkhidmatan tertentu yang disenaraikan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan. Antara perkhidmatan yang tertakluk: Restoran, hotel, perkhidmatan profesional (akaun, guaman, IT), Telekomunikasi, logistik, penyelenggaraan, ejen, perkhidmatan digital dan lain-lain.
Proses Pendaftaran
Dilakukan secara atas talian di: https://mysst.customs.gov.my
Dokumen diperlukan:
- SSM / Borang 9 (Pendaftaran syarikat)
- Penyata jualan 12 bulan terakhir (jika ada)
- Maklumat perniagaan dan pemilik
Penalti Jika Gagal Berdaftar
- Kompaun dan penalti boleh dikenakan oleh JKDM.
- Pendaftaran lewat boleh dikenakan faedah dan denda atas tunggakan cukai.
JUALAN MINIMUM DIKENAKAN SST
Kategori – Penginapan
- Hotel & Resort
- Pangsapuri
- Rumah inapan
Minimum jualan RM500,000 setahun dan ke atas kadar SST yang dikenakan 8%
Kategori – Makanan & Minuman
- Restoran
- Produk Manakan
Minimum jualan RM1,500,000 setahun dan ke atas kadar SST yang dikenakan 6%
Kategori – Professional
- Legal services
- Accounting, auditing and consultancy
- Surveying services
- Engineering consultancy
- Architectural services
- Consultancy services
- Information technology services
- Management services and employment services
Minimum jualan RM500,000 setahun dan ke atas kadar SST yang dikenakan 8%
Kategori – Kad Kredit & Kad Caj
Penyedia perkhidmatan kad kredit dan kad caj wajib berdaftar SST dan mengenakan RM25 setiap tahun bagi setiap kad tanpa mengira jumlah jualan tahunan mereka.
Kategori – Lain-lain Perkhidmatan
- Advertising services 8%
- Brokerage 8%
- Cleaning services 8%
- Courier delivery services 6%
- Foreign digital services 8%
- Hire car services 8%
- Insurance services 8%
- Local air travel 8%
- Servicing and repairing motor vehicles 8%
- Subscription’s broadcasting services 8%
- Telecommunications services 6%
- Theme Park 8%
- Logistics Services 6%
- Car Parking Services 6%
Minimum jualan RM500,000 setahun dan ke atas kadar SST yang dikenakan diantara 6% -8%
Sekiranya jumlah pendapatan bercukai melebihi RM500,000 dalam tempoh kurang daripada setahun, entiti perniagaan diwajibkan mendaftar di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dalam tempoh 30 hari dari tarikh ambang tersebut dicapai.
Contoh Kiraan SST
Syarikat ABC Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan mencuci pejabat yang dikenakan SST pada kadar 8%. Jumlah Invois kepada pelanggan adalah RM10,000 (Tidak termasuk SST).
Kiraan adalah seperti berikut:
RM10,000 X 8% = RM800
Jumlah perlu dibayar oleh pelanggan adalah RM10,000 + RM800 = RM10,800
Manakala RM800 perlu dibayar oleh syarikat tersebut kepada Kastam dalam tempoh 2 bulan. Contohnya Jualan bulan Jan – Feb, maka tarikh akhir bayaran pada 31 Mac. Kelewatan bayaran ini, penalti akan dikenakan 10% untuk kelewatan 30 hari pertama dan tambahan 15% penalti jika masih gagal untuk membuat bayaran dalam tempoh 30 hari berikutnya.
“Kelewatan Bayar SST Juga Boleh Jejas Keuntungan“