
Majikan di Denda Sehingga RM100 setiap pekerja ! ?
Majikan disarankan untuk memastikan semua kontrak pekerjaan disetem mengikut peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti.
Mulai 1 Januari 2025, semua kontrak pekerjaan sama ada untuk pekerja tempatan atau asing wajib dikenakan duti setem sebanyak RM10 setiap kontrak. Ya, ini termasuk surat pelantikan atau sebarang bentuk kontrak perkhidmatan rasmi.
Bila Perlu Disetem?
Dokumen kontrak mesti disetem dalam tempoh 30 hari dari tarikh ditandatangani. Ini bukan pilihan, tetapi kewajipan di bawah Akta Duti Setem.
Kalau Lewat? Hati-hati Penalti!
Sekiranya gagal menyetem dalam masa yang ditetapkan, penalti akan dikenakan seperti berikut:
• Lewat ≤ 3 bulan: RM50 atau 10% daripada jumlah duti (mana yang lebih tinggi)
• Lewat > 3 bulan: RM100 atau 20% daripada jumlah duti (mana yang lebih tinggi)
Bagaimana Dengan Kontrak Lama?
Kontrak yang ditandatangani sebelum 1 Januari 2025 tetapi masih berkuat kuasa juga perlu disetem. Namun begitu, majikan boleh memohon pengecualian penalti bagi dokumen lama, ini satu peluang untuk elakkan dokumen lama tanpa dikenakan denda.
Jadi, Tindakan Majikan…
• Semak semua kontrak pekerja sedia ada
• Pastikan kontrak baru tahun 2025 disetem dalam masa 30 hari
• Simpan bukti penyeteman untuk tujuan audit atau semakan pihak berkuasa
Dengan pelaksanaan ini, ia bukan sahaja memperkemas dokumentasi HR, tetapi juga melindungi kedua-dua pihak majikan dan pekerja di sisi undang-undang. Jadi, jangan tunggu saat akhir, pastikan kontrak anda sah di sisi undang-undang dan bebas penalti!
Info & Prosedur STAMPS