Elak Denda LHDN – Peniaga Wajib Lapor Cukai Sebelum 30 Jun Setiap Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Ramai usahawan mikro dan syarikat milikan tunggal (enterprise) masih keliru tentang apa itu borang e-B, bila nak hantar, dan apa akan jadi kalau tak lapor pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jangan tunggu sampai kena audit atau SURAT ANGGARAN CUKAI sampai ke peti surat. Jom fahamkan asas cukai perniagaan ini supaya anda sentiasa di landasan yang betul.

Borang e-B ialah borang taksiran cukai untuk individu yang menjalankan perniagaan seperti:

  • Pemilik Enterprise Milikan Tunggal
  • Pemilik Enterprise Rakan Kongsi

Selain borang e-B untuk individu yang berniaga, ada satu lagi borang penting iaitu borang e-C. Borang e-C adalah borang taksiran cukai khas untuk syarikat berdaftar, termasuk:

  • Syarikat Sdn Bhd
  • Syarikat Berhad

Kalau anda jalankan bisnes di bawah nama syarikat Sdn Bhd, anda tak boleh guna borang e-B. Anda WAJIB guna borang e-C untuk lapor pendapatan dan cukai syarikat.

  • e-B: Untuk perniagaan atas nama individu
  • e-C: Untuk perniagaan berdaftar sebagai entiti berasingan (Sdn Bhd)


Setiap tahun, LHDN akan buka sistem e-Filing dan pemilik perniagaan perlu mengisi borang e-B  dan e-C secara atas talian lengkap dengan maklumat pendapatan, perbelanjaan dan keuntungan bersih.

  • Jumlah pendapatan kasar perniagaan (jualan/servis)
  • Kos operasi dan belanja yang dibenarkan
  • Untung bersih selepas tolak semua kos
  • Potongan yang dibenarkan (seperti caruman KWSP, Zakat, SSPN dan lain-lain)


Kalau anda simpan akaun dengan baik (contohnya melalui Management Account), proses lapor cukai akan jadi lebih mudah dan tepat.

  • Tarikh akhir hantar Borang e-B & e-C : 30 Jun setiap tahun
  • e-Filing dibuka:  Bermula bulan Mac setiap tahun


LHDN beri masa lebih 6 bulan, jadi jangan tunggu saat akhir dan kalau terlepas, anda tetap boleh dikenakan penalti walaupun “tak sengaja”.

MITOS 1 – “Saya daftar SSM tapi tak aktif bisnes, jadi tak perlu isi cukai.”

SALAH! – Selagi nama perniagaan hidup & anda masih pemilik, anda wajib lapor walaupun tiada keuntungan.

MITOS 2 – “Saya baru bisnes setahun je pun income tak banyak pun”

SALAH! – Cukai kena lapor ikut kadar pendapatan. Kalau tak capai ambang cukai, tak kena bayar tapi masih wajib lapor!

Kami sertakan senarai semak untuk memudahkan anda menyediakan dokumen penting untuk proses Urus Akaun dan Cukai. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan khusus sila hubungi kami di talian Careline 24/7 dengan menekan butang WhatsApp yang tertera.

Rencana Terkini

Kategori