Nak Buka Sdn. Bhd.?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Menubuhkan syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) sering dianggap sebagai langkah profesional dan berprestij dalam dunia keusahawanan. Namun, di sebalik nama besar itu, ramai usahawan terlepas pandang tentang kos tahunan sebenar dan tanggungjawab undang-undang yang datang bersamanya.

Untuk memulakan perjalanan sebagai pemilik Sdn. Bhd., proses pendaftaran di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) biasanya menelan belanja sekitar RM2,500 termasuk yuran pendaftaran dan khidmat setiausaha syarikat berlesen.

Setiap Sdn. Bhd. wajib melantik setiausaha syarikat berlesen, yang bertanggungjawab mengurus dokumen rasmi dan urusan pematuhan dengan SSM. Yuran bulanan biasanya antara RM50 hingga RM80, bergantung kepada pakej dan tahap perkhidmatan.

Setiap tahun, akaun syarikat perlu diaudit oleh juruaudit bertauliah. Kos audit lazimnya bermula sekitar RM2,000 dan ke atas, bergantung kepada jumlah jualan akaun perniagaan

Setelah audit disiapkan, laporan cukai syarikat perlu dihantar kepada LHDN oleh ejen cukai berlesen. Yuran perkhidmatan biasanya sekitar dari RM600 dan ke atas.

Setiap tahun, setiausaha syarikat akan menyerahkan dua dokumen penting kepada SSM:

  1. Laporan Audit Tahunan
  2. Annual Return (Penyata Tahunan)


Kelewatan menghantar dokumen ini boleh menyebabkan denda sehingga RM50,000 di bawah Akta Syarikat 2016. Yuran bagi penyediaan dan penyerahan laporan ini lazimnya antara RM400 hingga RM600 setahun.

Sebelum audit dilakukan, penyediaan akaun syarikat perlu disiapkan oleh akauntan berdaftar. Yuran penyediaan akaun biasanya dari RM1,500 ke atas, bergantung kepada jumlah transaksi dan jenis perniagaan.

Jika ada keperluan khas seperti perubahan pengarah, pindaan alamat, atau pelarasan saham, kos resolusi tambahan akan dikenakan sekitar RM100 ke atas bagi setiap urusan rasmi yang diuruskan oleh Setiausaha Syarikat.

KomponenAnggaran Kos Tahunan
Pendaftaran SyarikatRM2,500 (sekali sahaja)
Yuran SetiausahaRM600 – RM960
Annual ReturnRM400 – RM600
Audit TahunanRM2,000 ke atas
Ejen CukaiRM600 ke atas
Akaun SyarikatRM1,500 ke atas
Resolusi (jika ada)RM100 ke atas

Jumlah Anggaran Tahunan: Sekitar RM5,000 – RM7,000, bergantung kepada keperluan dan saiz operasi. Kos ini tidak termasuk bayaran cukai syarikat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sekiranya ada cukai kena bayar.

Menjalankan syarikat Sdn. Bhd. bukan sekadar tentang “nama besar” ia melibatkan tanggungjawab undang-undang, laporan kewangan dan disiplin pengurusan. Namun, dengan pengurusan akaun yang teratur dan setiausaha syarikat yang efisien, struktur Sdn. Bhd. mampu memberikan perlindungan liabiliti dan kredibiliti yang tinggi di mata pelanggan serta pelabur.

Rencana Terkini

Kategori