Usahawan Kontraktor Kena Bayar RM205,396.00

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Semakin ramai usahawan tempatan termasuk peniaga kecil dalam talian kini berdepan tindakan tegas daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akibat kegagalan melaporkan pendapatan perniagaan mereka. Menurut satu kenyataan rasmi daripada LHDN, individu yang menjalankan perniagaan – sama ada secara fizikal mahupun dalam talian – WAJIB melaporkan pendapatan tahunan mereka kepada pihak berkuasa. Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh mengakibatkan denda dan penalti yang tinggi.

i) Penalti Lewat Hantar Borang Cukai – Denda antara RM200 hingga RM20,000.

ii) Penalti Gagal Bayar Cukai Tepat Waktu – Tambahan 10% ke atas jumlah cukai tertunggak.

iii) Laporan Tidak Jujur – Penalti boleh mencecah sehingga 100% daripada jumlah cukai yang tidak dilaporkan.

Ramai peniaga kecil seperti penjual makanan, dropship, usahawan kosmetik dan penyedia servis freelance tidak sedar bahawa pendapatan mereka perlu dilaporkan walaupun tiada SSM atau tidak didaftarkan perniagaan secara rasmi.

Rencana Terkini

Kategori