Gaji Mahal Tak Setimpal Kemahiran – Di Mana Silapnya?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Gaji makin tinggi, tapi hasil kerja? Macam tak berubah. Bukan semua, tapi makin ramai majikan mula rasa pelik bila kos gaji naik saban tahun, tapi kemahiran dan mutu kerja pekerja masih tahap sederhana. Lagi pedih, bila gaji dah setara profesional, tapi tugasan mudah pun perlu diajar berkali-kali.

Apa sebenarnya punca isu ni? Adakah pekerja malas? Majikan salah arah? Sistem latihan tak relevan? Dan yang lebih penting apa jalan penyelesaiannya sebelum syarikat terus rugi dan pekerja terus tak kompeten?

Dalam banyak sektor khususnya pengeluaran, perkhidmatan, logistik dan pentadbiran, kos tenaga kerja boleh capai 30% hingga 50% dari perbelanjaan operasi bulanan. Bila gaji minimum naik, elaun naik, KWSP & PERKESO ikut naik logiknya, hasil kerja pun kena naik.

Tapi hakikatnya, ramai pekerja tak tingkatkan kemahiran seiring dengan gaji. Apa yang jadi? Majikan mula rasa terbeban. Bayar lebih, tapi kerja masih perlu dipantau macam pelajar praktikal.

Kurang kemahiran teknikal & digital

Masih ramai pekerja tidak mahir asas seperti Excel, sistem POS, e-mel rasmi, atau perisian kerja.

Masalah sikap & komunikasi

Tak boleh kerja dalam pasukan, cepat sentap, sukar terima teguran dan lambat belajar perkara baru.

Tiada peningkatan diri

Pekerja tak ambil inisiatif untuk tambah ilmu atau naik taraf kemahiran walaupun syarikat sediakan peluang.

  • Produktiviti rendah walaupun kos tenaga kerja tinggi
  • Majikan terpaksa kerja lebih, jadi ‘supervisor tak rasmi’ untuk pantau semua benda
  • Perniagaan lambat berkembang sebab staf tak mampu urus tugas lebih kompleks
  • Pekerja berpotensi pun terbantut sebab sibuk ‘backup’ yang tak perform

Audit Prestasi & Kemahiran Secara Berkala

Buat penilaian kerja dan kemahiran setiap suku tahun. Kenal pasti siapa yang boleh dilatih, siapa yang perlu dipantau.

Wajibkan Latihan Dalaman & Kursus Bersijil

Jadikan latihan sebahagian KPI Guna platform seperti HRD Corp, Coursera, atau Latihan TVET.

Sistem Ganjaran Berdasarkan Kemahiran, Bukan Senioriti

Bagi insentif kepada pekerja yang mahir dan ambil inisiatif naik taraf diri. Jadikan prestasi sebagai syarat kenaikan gaji.

Digitalisasi Tugasan Rutin

Automasi tugas-tugas asas supaya pekerja boleh fokus kepada kerja yang perlukan lebih nilai tambah.

Budaya ‘Kerja Kena Pandai, Bukan Cuma Buat’

Terapkan mindset kerja cerdik, bukan kerja kuat semata-mata. Guna sistem mentor, e-learning, dan latihan berasaskan kes realiti syarikat.

Kos gaji tinggi bukan dosa. Tapi ia jadi masalah bila tidak disokong dengan produktiviti, kemahiran dan sikap kerja yang proaktif. Syarikat yang berjaya bukan yang kurangkan staf, tapi yang berjaya tingkatkan nilai staf yang ada.

• Boleh kendali teknologi kerja seperti Google Sheet, POS, perisian industri

• Komunikasi jelas & profesional

• Cepat belajar benda baru tanpa perlu disuap

• Berinisiatif & selesaikan masalah kecil tanpa bantuan

• Sentiasa cari cara untuk hasilkan kerja lebih baik

Rencana Terkini

Kategori