
Buka bisnes belum sampai setahun, dah pasang impian nak buka 5 cawangan. Untung baru nampak sikit, dah terus buat loan ribu-ribu nak ‘scale up’. Belum sempat sistem kukuh, dah sibuk nak buka francais. Masalahnya ramai usahawan hari ini terlalu gopoh nak berkembang, sampai lupa nak perkuatkan akar.
Bila asas tak kukuh, lambat laun perniagaan yang naik mendadak boleh jatuh tersembam. Bukan sebab tak bagus, tapi sebab terlalu laju sampai terlepas pandang perkara penting seperti kekuatan modal, kualiti servis, pasukan kerja dan juga pengurusan dalaman.
Realiti Sebenar Usahawan Gopoh
- Buka 3 cawangan, tapi semua rugi
- Modal makin susut, hutang makin bertambah
- Staf tak cukup atau tak cukup mahir
- Kualiti produk & servis makin merosot
- Pemilik stres sendiri, hilang fokus & arah
Ramai yang kejar impian viral, terinspirasi dari kisah “jutawan muda”, tapi lupa mereka yang berjaya tu rancang 10 kali, gagal 5 kali, baru naik satu kali.
Kenapa Ramai Tergesa-Gesa Nak Kembang?
- Nak kejar pesaing kononnya ‘takut lambat’
- Pengaruh media sosial – nak nampak gah, cepat naik
- FOMO: takut peluang hilang kalau tak rebut sekarang juga
- Tiada mentor atau bimbingan – semua buat ikut rasa
- Ego nak buktikan bisnes berjaya dalam masa singkat
Apa Yang Selalu Diabaikan?
Modal Kerja Tak Cukup
Bisnes bukan sekadar duit buka cawangan kena ada simpanan untuk kos operasi sekurang-kurangnya 6-12 bulan.
Sistem Pengurusan Lemah
Ramai masih urus guna WhatsApp dan nota tangan. Bila staff bercuti, bisnes lumpuh.
Kualiti Servis & Produk Tak Konsisten
Bila terlalu fokus buka tempat baru, yang sedia ada pun tak jaga. Pelanggan mula lari.
Tiada Pasukan Yang Mantap
Bos buat semua benda dari beli stok, buat marketing, sampai kira duit. Itu bukan scaling, itu cari stres diri.
Apa Sepatutnya Dibuat Sebelum Kembang?
- Bina sistem yang stabil – SOP, rekod jualan, training staff
- Kukuhkan aliran tunai – pastikan kewangan sihat dulu
- Lantik atau latih pasukan pengurusan yang boleh diharap
- Uji konsep – pastikan model bisnes betul-betul boleh berkembang
- Timbang pasaran – bukan semua lokasi sesuai dengan jenama anda
Jangan Jadi Usahawan Gopoh, Jadilah Usahawan Bijak!
Dalam perniagaan, berkembang itu penting, tapi berkembang secara sihat lebih penting. Jangan kerana nak nampak berjaya cepat, anda korbankan asas bisnes sendiri. Ambil masa bina tapak yang kukuh, latih pasukan yang setia, jaga pelanggan yang ada. Bila masa sesuai, barulah berkembang dengan yakin dan berstrategi.
Ingat! naik perlahan tak apa, asal tak jatuh terus.
Checklist Sebelum Kembangkan Bisnes Anda
- Aliran tunai stabil min 6-12 bulan
- Ada SOP dan manual kerja jelas
- Pasukan terlatih dan berdikari
- Lokasi atau platform baru diuji terlebih dahulu
- Prestasi cawangan utama konsisten min 3 tahun ke atas