
Bukan semua masalah datang dari pengurusan. Kadangkala, masalah itu berpunca dari mereka yang kita gaji sendiri. Pekerja toksik ialah individu yang memberi kesan negatif kepada budaya kerja, moral pasukan, dan prestasi keseluruhan organisasi. Mereka mungkin bukan terang-terangan membuat masalah, tetapi tingkah laku mereka menyemai ketegangan, ketidakpercayaan, dan konflik berpanjangan di tempat kerja.
CARA KENALPASTI PEKERJA TOKSIK
Pencetus Drama
Selalu ada konflik sama ada dengan rakan sekerja, bos, mahupun klien. Mereka suka melaga-lagakan orang dan menyebarkan khabar angin.
Mentaliti Mangsa
Tidak pernah bertanggungjawab atas kesilapan. Segala masalah disalahkan kepada orang lain.
Merosakkan Semangat Pasukan
Suka merendahkan usaha orang lain, melemahkan motivasi, dan menyemai rasa tidak puas hati.
Politik Pejabat
Berlakon baik depan bos, tikam belakang kawan. Mereka mengumpul “pengaruh” untuk lindungi kedudukan mereka sendiri.
Prestasi Tidak Konsisten Tapi Pandai ‘Jual Diri’
Kurang hasil, tetapi mahir menunjukkan diri seolah-olah sibuk dan penting.
SERIUS SANGAT KE MASALAH NI?
Ya, Memang Serius!
Menjejaskan Produktiviti Secara Menyeluruh
Seorang pekerja toksik boleh menyebabkan motivasi rakan lain merosot. Ini bukan sahaja mengurangkan kualiti kerja, tetapi turut melemahkan kerjasama dalam pasukan.
Meningkatkan ‘Turnover Rate’
Pekerja yang beretika dan berdedikasi tidak akan tahan lama dalam persekitaran negatif. Syarikat akan kehilangan bakat terbaik dan yang kekal, hanyalah mereka yang mencipta masalah.
Menjejaskan Reputasi Syarikat
Klien dan pelanggan boleh “rasa” apabila staf tidak gembira. Kesan buruk ini akan sampai kepada pengalaman pengguna, seterusnya menjatuhkan imej jenama.
Beban Kepada HR dan Pengurusan
Tenaga dan masa yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan staf dan strategi, terpaksa ditumpukan untuk menyelesaikan isu dalaman yang berulang.
KENAPA PEKERJA TOKSIK SUKAR DIKESAN?
- Mereka sering bijak menyembunyikan masalah di bawah imej mesra atau “yes man”.
- Kekurangan sistem penilaian prestasi yang objektif menjadikan kesan mereka sukar diukur.
- Budaya kerja yang takut bersuara menyebabkan pekerja lain enggan melaporkan.
APA TINDAKAN SEPATUTNYA?
Wujudkan Polisi Anti-Toksik yang Jelas
Gariskan dengan jelas tingkah laku yang tidak dibenarkan, serta saluran aduan yang selamat.
Latih Pengurus & HR Mengenal Tingkah Laku Berbahaya
Berikan latihan kepada pengurus untuk mengenalpasti dan menangani masalah lebih awal.
Gunakan Penilaian 360° dan ‘Peer Review’
Libatkan rakan sekerja dalam menilai budaya kerja dan kolaborasi.
Tindakan Tegas dan Adil
Jangan takut untuk mengambil tindakan disiplin. Pekerja toksik yang dibiarkan akan menjadi presiden yang berbahaya.
Pekerja toksik bukan sahaja menjatuhkan semangat dan produktiviti, tetapi boleh merosakkan keseluruhan struktur organisasi. Tanpa tindakan tegas dan budaya kerja yang sihat, syarikat berisiko lumpuh dari dalam secara perlahan tapi pasti.
“Syarikat yang berjaya bukan sahaja membina pasukan yang hebat, tetapi juga berani menyingkirkan elemen yang merosakkan.”