Bisnes Gagal Impian Besar Tak Menjadi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Ramai orang mula berniaga dengan impian besar nak bebas kewangan, nak bantu keluarga, nak capai sesuatu dalam hidup. Tapi sayangnya, tak semua impian tu jadi kenyataan.

Ada yang baru 6 bulan berniaga, dah tutup kedai. Ada yang bertahan setahun dua, tapi makin hari makin tenggelam. Sampai satu tahap, rasa kecewa, rasa gagal, dan mula tanya diri sendiri…

Sebenarnya, kegagalan bisnes bukan sebab tak cukup usaha. Ramai yang kerja siang malam, korban masa, tenaga dan duit simpanan. Tapi bila asas tak kukuh, bisnes memang mudah runtuh.

Ramai mula bisnes ikut trend. Tengok orang jual kek viral, dia pun jual. Tengok orang buat dropship, dia pun join. Tapi bila orang lain dah move on ke trend baru, bisnes kita terkapai-kapai sebab tak ada hala tuju.

Salah satu perangkap utama, tak urus kewangan. Bila duit masuk, rasa kaya. Belanja marketing tak kira bajet, beli stok melampau, kadang-kadang guna duit bisnes untuk belanja peribadi. Akhirnya, akaun kosong tapi hutang bertimbun.

Ilmu keusahawanan ni bukan benda yang boleh agak-agak. Zaman sekarang, persaingan tinggi. Kalau tak tahu buat branding, tak tahu guna media sosial, tak tahu kira kos memang susah nak survive. Jangan malu nak belajar, walaupun kita dah lama berniaga.

Ramai sangka bila start bisnes, duit akan masuk macam air. Tapi realitinya, bulan-bulan awal tu memang struggle. Kalau mindset kita terlalu kejar hasil cepat, kita akan kecewa dan berhenti separuh jalan. Sedangkan kejayaan perlukan masa dan kesabaran.

Berniaga ni jalan yang sunyi kalau kita jalan sorang-sorang. Bila tak ada mentor, tak ada circle yang positif, kita mudah putus asa. Cari komuniti, cari orang yang boleh bagi semangat dan tunjuk ajar.

Ingat!, gagal dalam bisnes tak buat kita gagal sebagai manusia. Ramai usahawan berjaya hari ini pun pernah jatuh. Tapi yang beza mereka bangkit, belajar dari silap dan teruskan langkah. Kalau kita betul-betul nak berjaya, jangan takut untuk mula semula. Cuma kali ni, mula dengan ilmu, perancangan dan hati yang kuat. Sebab kadang-kadang, kegagalan tu bukan penamat… tapi permulaan untuk sesuatu yang lebih besar

Rencana Terkini

Kategori