
SONGLAP RIBUAN RINGGIT WANG SYARIKAT!
Kulim, Kedah – Tindakan licik seorang eksekutif sumber manusia yang sanggup menambah gajinya sendiri tanpa kebenaran majikan dan akhirnya terbongkar selepas satu audit dalaman menemui bukti penyelewengan laporan gaji bulanan.
Wanita berusia lingkungan 30-an itu dipercayai telah memanipulasi sistem gaji syarikat untuk mengeluarkan wang tanpa sebarang kebenaran rasmi ke dalam akaun peribadi, termasuk dengan memalsukan beberapa dokumen berkaitan.
Taktik liciknya terbongkar apabila majikan mengesan ketidakpadanan laporan gaji bulanan dengan penyata bank yang disyaki palsu. Terkini majikan dan pasukan kami sedang dalam proses siasatan penuh sebelum mengambil tindakan lanjut.
“Saya sangat kecewa. Kami beri kepercayaan sepenuhnya, tapi ini balasan yang kami dapat,” kata pengarah syarikat yang enggan namanya didedahkan.“
Kes ini sekali lagi membuka mata tentang pentingnya sistem kawalan dalaman yang ketat dan audit yang lebih berkala dalam mana-mana organisasi.