Mulai 2023 Majikan Wajib Lapor Gaji kepada LHDN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Borang E atau e-E merupakan satu bentuk penyata tahunan yang wajib dikemukakan oleh setiap majikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967. Penyata ini bertujuan untuk melaporkan maklumat perniagaan serta senarai pekerja yang menerima saraan sepanjang tahun taksiran. Pengemukaan Borang E adalah penting dalam memastikan ketelusan dan pematuhan terhadap peraturan percukaian negara.

Semua entiti yang diklasifikasikan sebagai majikan di bawah tafsiran LHDNM, termasuk syarikat, perniagaan milikan tunggal, perkongsian, koperasi, pertubuhan, dan badan berkanun yang mempunyai pekerja, adalah diwajibkan untuk:

  • Mengemukakan Borang E setiap tahun, selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya bagi tahun taksiran yang telah berakhir dan masa tambahan sehingga 30 April setiap tahun
  • Menyertakan penyata saraan pekerja (Lampiran C.P.8D) bersama Borang E
  • Mengemukakan borang tersebut secara dalam talian (e-Filing) melalui sistem e-Data Praisi atau e-Filing Majikan di portal rasmi LHDNM.


Sekiranya sesebuah entiti tidak mempunyai pekerja, mereka tidak diwajibkan untuk menghantar Borang E. Namun, sekiranya menerima arahan pengemukaan borang daripada LHDNM, majikan berkenaan perlu memaklumkan secara rasmi bahawa tiada pekerja dan mengembalikan borang dengan status “Tiada Pekerja”.

Sekiranya majikan gagal mengemukakan Borang e-E dalam tempoh yang ditetapkan, LHDNM boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 120(1) Akta Cukai Pendapatan 1967, termasuk:

  • Denda minimum RM200 dan maksimum RM20,000;
  • Hukuman penjara tidak melebihi enam (6) bulan;
  • Atau kedua-duanya sekali.


Pengemukaan Borang e-E oleh majikan bukan sekadar kewajipan undang-undang, tetapi juga satu tanggungjawab penting dalam memastikan pematuhan sistem percukaian negara. Dengan melaksanakan kewajipan ini secara tepat dan mengikut garis masa yang ditetapkan, majikan bukan sahaja mengelakkan penalti, malah menyumbang kepada keberkesanan sistem kutipan cukai negara. Oleh itu, adalah sangat penting bagi setiap majikan untuk memahami, merancang, dan melaksanakan proses pengemukaan Borang e-E secara sistematik dan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh LHDNM

Kami sertakan format laporan penggajian tahunan sebagai rekod awalan sebelum diserah simpan melalui C.P.8D. Sila download file Excel ini untuk dikemaskini dan kembalikan kepada pihak kami sebelum 31 Mac setiap tahun untuk tindakan selanjutnya. Sebarang maklumbalas mestilah melalui email rasmi kami di admin@akaunbisnes.my atau boleh klik di talian WhatsApp Careline 24/7 jika mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.

Rencana Terkini

Kategori