“Lulus LHDN, Tersangkut SSM!” – Ramai Tak Sedar Mereka Melanggar Undang-undang!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Mereka lapor cukai. Mereka bayar cukai. Tapi mereka masih boleh didenda hingga RM50,000? Itulah realiti yang sedang menghantui ramai individu yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara bebas tanpa pendaftaran SSM.

Ramai individu hari ini buat duit secara online atau offline sebagai :

  • Jadi ejen jualan & dropship
  • Affiliate marketer
  • Freelancer
  • Atau jual barang dari rumah


Bila ditanya, mereka pun jawab

Malangnya, itu belum cukup. Walaupun LHDN tak ganggu kerana anda sah isytihar pendapatan, tetapi undang-undang lain sedang memerhati.

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, khususnya Seksyen 5(1), jelas menyatakan:

Jadi walaupun anda ‘beretika’ dari segi percukaian, anda tetap melanggar undang-undang komersial negara jika tidak mendaftarkan perniagaan dengan SSM. Ramai tak sedar bahawa sebarang aktiviti menjana untung walaupun anda seorang tetap dianggap perniagaan sah di sisi undang-undang dan wajib daftar dengan SSM.

  • LHDN fokus pada kutipan cukai, mereka tak kisah anda daftar atau tidak. Janji anda lapor dan bayar

  • SSM pula jaga pematuhan perniagaan dan mereka wajibkan pendaftaran bagi mana-mana individu yang jalankan perniagaan secara aktif


Walaupun anda rasa “dah lepas LHDN”, SSM tetap boleh masuk dan siasat. Malah, kerjasama antara agensi semakin kuat dan anda mungkin disenarai sebagai berisiko jika nama anda aktif dalam e-Filing tapi tiada rekod pendaftaran perniagaan.

  • Bayaran daftar SSM hanya RM30 setahun untuk milikan tunggal
  • Proses mudah, boleh buat online
  • Dan paling penting, anda dilindungi & diiktiraf secara sah

Rencana Terkini

Kategori