Pekerja Tidak Puas Hati Padam Rekod Kewangan Syarikat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

ALOR SETAR, 9 APRIL 25 — Seorang bekas pekerja syarikat perniagaan tempatan bertindak luar jangka apabila memadamkan keseluruhan rekod kewangan perniagaan daripada sistem komputer syarikat, dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan pihak majikan.

Tindakan itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan berunsur sabotaj, sekaligus mengganggu operasi harian serta menjejaskan kepercayaan pelanggan terhadap syarikat terbabit.

Menurut jurucakap syarikat, insiden itu disedari selepas pihak pengurusan gagal mengakses data kewangan utama sewaktu proses audit dalaman. Hasil siasatan dalaman menunjukkan rekod tersebut dipadam secara sengaja oleh individu yang pernah diberi kepercayaan untuk mengurus sistem tersebut.

Kami AkaunBisnes serta Syarikat berkenaan kini dalam proses memulihkan data melalui sistem tracking backup system bagi menangani masalah tersebut. Namun begitu, kami menegaskan langkah-langkah keselamatan data perlu diperketatkan oleh semua usahawan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Pekerja dinasihatkan agar sentiasa beretika dalam profesion masing-masing dan tidak membiarkan emosi menguasai tindakan. Dunia pekerjaan perlu menuntut integriti dan bukan bermotifkan dendam.

Rencana Terkini

Kategori