
Terima Kasih Kerana Berminat Dengan Perkhidmatan Kami
Sebagai firma yang berpengalaman dalam pengurusan akaun, cukai dan penggajian, kami telah membantu ramai usahawan daripada perniagaan mikro hingga syarikat berkembang untuk menyusun pengurusan perakaunan, percukaian dan penggajian pekerja secara lebih efisien dan profesional.
Untuk memulakan proses ini dengan lancar, kami memerlukan beberapa dokumen penting daripada pihak anda. Dokumen ini akan membantu kami menilai dan menyediakan struktur pengurusan serta caj perkhidmatan kami yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan anda.
Sila Sediakan Dokumen Berikut:-
1- Pendaftaran Perniagaan
- Enterprise – SSM Borang E, Info Pemilik & Perniagaan
- Sdn Bhd – SSM Borang D & Annual Returned terkini
2- Bank Statement Perniagaan
Sila dapatkan bank statement untuk tempoh 12 bulan lengkap setiap tahun. Jika tidak lengkap, sila ke kaunter bank untuk membuat permohonan salinan reprint – ada caj akan dikenakan. Salinan bank statement hendaklah dari awal pembukaan akaun bank perniagaan.


3- Surat Perjanjian
Scan laporan penuh surat perjanjian Sewabeli, Sewaan Premis & Pinjaman
4- Penyata KWSP & PERKESO
Sediakan penyata caruman bulanan dari Januari – Disember
a) Borang A untuk KWSP
b) Borang 8A untuk PERKESO
5- Maklumat Pasangan & Anak
Nama, No. K/P & Pekerjaan Pasangan Serta Taraf Pendidikan Anak – Tujuan Pelepasan Cukai
6- Laporan Gaji Pekerja & Majikan
Form EA (Majikan Sahaja) – Pendapatan bergaji dari perniagaan sendiri yang lain atau syarikat swasta lain
Form EC (Majikan Sahaja) – Pendapatan bergaji dari jabatan atau agensi kerajaan
Untuk pekerja anda, Sila Lengkapkan Borang Disediakan – Tekan Link Download
Untuk urusan Setem Duti Surat Lantikan Pekerja, Sila Lengkapkan Borang Disediakan – Tekan Link Download
7- Modal Awal Perniagaan
Laporkan keseluruhan kos permulaan perniagaan – Tekan Link Download
8- Laporan Belanja Tunai
Sila Lengkapkan Borang Disediakan – Tekan Link Download
9- Laporan Stok Akhir
Sila Lengkapkan Borang Disediakan – Tekan Link Download
10- Maklumat Pendaftaran MyTax
Berikan nombor TIN atau jika belum berdaftar, sila buat pendaftaran Mytax eFiling di kaunter LHDN atau melalui eDaftar – Tekan Link ke eDaftar
https://mytax.hasil.gov.my/ezHasil?data=e-Daftar&id=ezHasil%20sebelum
11- Email Rasmi Perniagaan
Alamat email ini akan digunakan untuk berurusan dengan kami dan pihak-pihak berkenaan
Perkhidmatan Yang Menyeluruh
Pasukan kami bersedia menjadi rakan strategik anda dalam memastikan setiap aspek kewangan dan pematuhan perniagaan diuruskan secara sistematik, telus, dan mengikut undang-undang. Kami percaya, bila perniagaan anda tersusun pertumbuhan perniagaan akan lebih terarah.
Penyataan Privasi Pelanggan
Kami memastikan pematuhan ketat terhadap perundangan Personal Data Protection Act 2010 (PDPA) atau Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 untuk mengendalikan dokumen pelanggan bagi urusan akaun, cukai dan audit secara teliti, sulit, serta dilindungi daripada sebarang akses atau penggunaan yang tidak dibenarkan.
Sila buat serahan semua dokumen tersebut di atas melalui email rasmi kami di admin@akaunbisnes.my dan kami akan memberikan maklumbalas dalam tempoh 24 jam atau hubungi kami melalui butang WhatsApp Careline 24/7 untuk bantuan segera.