Selamat Datang Ke AkaunBisnes!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Sebagai firma yang berpengalaman dalam pengurusan akaun, cukai dan penggajian, kami telah membantu ramai usahawan daripada perniagaan mikro hingga syarikat berkembang untuk menyusun pengurusan perakaunan, percukaian dan penggajian pekerja secara lebih efisien dan profesional.

Untuk memulakan proses ini dengan lancar, kami memerlukan beberapa dokumen penting daripada pihak anda. Dokumen ini akan membantu kami menilai dan menyediakan struktur pengurusan serta caj perkhidmatan kami yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan anda.

  • Enterprise – SSM Borang E, Info Pemilik & Perniagaan
  • Sdn Bhd – SSM Borang D & Annual Returned terkini

Sila dapatkan bank statement untuk tempoh 12 bulan lengkap setiap tahun. Jika tidak lengkap, sila ke kaunter bank untuk membuat permohonan salinan reprint – ada caj akan dikenakan. Salinan bank statement hendaklah dari awal pembukaan akaun bank perniagaan.

Scan laporan penuh surat perjanjian Sewabeli, Sewaan Premis & Pinjaman

Sediakan penyata caruman bulanan dari Januari – Disember

a) Borang A untuk KWSP

b) Borang 8A untuk PERKESO

Nama, No. K/P & Pekerjaan Pasangan Serta Taraf Pendidikan Anak – Tujuan Pelepasan Cukai

Form EA (Majikan Sahaja) – Pendapatan bergaji dari perniagaan sendiri yang lain atau syarikat swasta lain

Form EC (Majikan Sahaja) – Pendapatan bergaji dari jabatan atau agensi kerajaan

Untuk pekerja anda, Sila Lengkapkan Borang Disediakan – Tekan Link Download

Untuk urusan Setem Duti Surat Lantikan Pekerja, Sila Lengkapkan Borang Disediakan – Tekan Link Download

Laporkan keseluruhan kos permulaan perniagaan – Tekan Link Download

Sila Lengkapkan Borang Disediakan – Tekan Link Download

Sila Lengkapkan Borang Disediakan – Tekan Link Download

Berikan nombor TIN atau jika belum berdaftar, sila buat pendaftaran Mytax eFiling di kaunter LHDN atau melalui eDaftar – Tekan Link ke eDaftar

Alamat email ini akan digunakan untuk berurusan dengan kami dan pihak-pihak berkenaan

Pasukan kami bersedia menjadi rakan strategik anda dalam memastikan setiap aspek kewangan dan pematuhan perniagaan diuruskan secara sistematik, telus, dan mengikut undang-undang. Kami percaya, bila perniagaan anda tersusun pertumbuhan perniagaan akan lebih terarah.

Kami memastikan pematuhan ketat terhadap perundangan Personal Data Protection Act 2010 (PDPA) atau Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 untuk mengendalikan dokumen pelanggan bagi urusan akaun, cukai dan audit secara teliti, sulit, serta dilindungi daripada sebarang akses atau penggunaan yang tidak dibenarkan.

Rencana Terkini

Kategori