Tahu Undang-Undang & Selamatkan Bisnes Anda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Memulakan bisnes itu satu langkah berani. Tetapi mengekalkannya? Ia perlukan pematuhan, disiplin dan ilmu undang-undang terkini. Ramai usahawan kecil dan sederhana di Malaysia terlepas pandang aspek perundangan hingga akhirnya disaman, disekat akaun bank atau disenarai hitam tanpa sempat ‘bernafas’ semula.

Mulai tahun 2025, kerajaan melalui pelbagai agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah memperketat syarat pematuhan dalam usaha memerangi ketirisan cukai, ‘ghost business’ dan pengubahan wang haram.

Mulai 1 Ogos 2024 sudah bermula untuk entiti besar, semua usahawan akan diwajibkan menggunakan sistem e-Invois menjelang Julai 2025 dan seterusnya. Gagal patuhi polisi ini denda dari RM200 hingga RM20,000 boleh dikenakan.

Mulai Jan 2025 majikan disarankan untuk memastikan semua kontrak pekerjaan disetem mengikut peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti. Dokumen kontrak pekerjaan mesti disetem dalam tempoh 30 hari dari tarikh ditandatangani. Majikan boleh di denda sehingga RM100 setiap pekerja sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Duti Setem.

Semua pemilik perniagaan milikan tunggal/enterprise perlu buat renewal tahunan maklumat perniagaan di SSM melalui EzBiz. Jika tidak, perniagaan dianggap tidak aktif dan boleh digantung dan dikenakan tindakan undang-undang. Ramai tak sedar bahawa sebarang aktiviti menjana untung walaupun anda seorang tetap dianggap perniagaan sah di sisi undang-undang dan wajib daftar dengan SSM. Tak daftar, boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara 2 tahun.

Seksyen 30(1)(b)

Gagal mempamerkan nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat di tiap-tiap tempat di mana perniagaannya dijalankan – DENDA RM5,000.00

Seksyen 30(2)(e)

Gagal menzahirkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat pada invois pesanan dan tuntutan lain bagi pembayaran, resit dan surat kredit yang berupa dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak Syarikat – DENDA RM5,000.00

Seksyen 565(1)(a)

Gagal mempamerkan dengan cara yang mudah dilihat namanya dan tempat syarikat asing itu ditubuhkan atau diperbadankan dalam huruf rumi di luar pejabat berdaftarnya dan tiap-tiap tempat perniagaan yang ditubuhkan oleh syarikat asing di Malaysia. – DENDA RM5,000.00

Seksyen 565(1)(b)(v)

Gagal menyebabkan namanya, nombor syarikatnya dan tempat syarikat asing itu ditubuhkan atau diperbadankan dinyatakan dalam huruf rumi yang boleh dibaca pada pesanan, invois dan tuntutan lain bagi bayaran, resit dan surat kredit yang berupa dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak Syarikat. – DENDA RM5,000.00

Walaupun tiada lagi GST, Kastam kini lebih aktif melakukan audit SST (Sales & Service Tax), terutama syarikat dalam bidang servis, makanan & peruncitan.

  • Jika jualan melebihi RM500,000 setahun, anda diwajibkan daftar SST
  • Peniaga restoran, bengkel, kontraktor perlu pastikan invois & resit sah tertakluk kepada syarat SST yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.


Jika gagal patuhi polisi ini :

  • Kastam boleh menyita barangan atau premis jika tidak patuh
  • Audit mengejut & semakan rekod jualan dalam tempoh 5 tahun kebelakang


Bahan Rujukan – Tekan Link Download

Gaji minima bukan lagi cadangan ia satu kewajipan. Bermula 1 Mei 2025, kerajaan Malaysia melalui Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2025 telah menaikkan kadar gaji minimum kebangsaan kepada RM1,700 sebulan bagi semua pekerja sepenuh masa. Langkah ini adalah sebahagian daripada strategi kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup pekerja dan mengurangkan jurang pendapatan, selari dengan komitmen Malaysia menuju status negara maju berpendapatan tinggi.

  • Swasta (termasuk IKS, koperasi & usahawan mikro)
  • Pekerja tetap, kontrak dan harian
  • Tiada pengecualian walaupun jumlah pekerja kecil

Majikan yang tidak membayar gaji minimum boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

Tindakan termasuk:

  • Denda hingga RM10,000 bagi setiap pekerja
  • Pendakwaan di mahkamah
  • Nama syarikat boleh disenarai hitam


Bahan Rujukan – Tekan Link Download

  • Daftar SSM & kemaskini profil perniagaan
  • Gunakan sistem akaun yang sah & patuh e-invois
  • Simpan semua rekod belian & jualan
  • Asingkan kewangan syarikat dari akaun peribadi
  • Kemaskini kontrak pekerja dan disetemkan segera
  • Daftar KWSP, PERKESO & Pelesenan PBT
  • Rujuk konsultan akaun & cukai untuk semakan awal


Dalam dunia bisnes moden, pematuhan bukan pilihan ia satu keperluan. Dengan undang-undang yang makin ketat, hanya usahawan yang cakna dan bersedia akan kekal kukuh.

Rencana Terkini

Kategori