Bukannya Bunyi Kosong!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Mengapa strategi pemasaran masih gagal antaranya ialah kerana menganggap semua orang adalah pelanggan, mengabaikan penyelidikan audiens dan mengejar metrik vaniti seperti jumlah tontonan, likes atau followers tetapi bukan pembeli sebenar.

Strategi pemasaran yang masih “menembak di kegelapan” dengan kandungan yang disasarkan secara rawak, tanpa memahami siapa sebenarnya yang ingin mereka bantu. Akibatnya, banyak kempen dikategorikan sebagai “waste” kerana audiens yang disasar memang tidak mahu atau tidak memerlukan produk atau servis tersebut.

Pemasaran yang berkesan mesti fokus kepada kumpulan sasaran sebenar yang berpotensi membeli, bukan pada capaian luas tanpa nilai komersial. Statistik menunjukkan sebahagian besar kandungan pemasaran masih disasarkan kepada audiens yang salah, menyebabkan syarikat membazir masa, tenaga dan bajet tanpa pulangan yang bermakna.

Sebelum menghasilkan sebarang kandungan, pastikan anda benar-benar memahami siapa audiens ideal anda apa keperluan mereka, masalah yang ingin diselesaikan dan bagaimana produk anda menjadi jawapannya. Kandungan yang berkesan bukan sekadar promosi umum, tetapi mesej yang bercakap terus kepada keperluan dan emosi pelanggan sebenar.

Akhirnya, strategi pemasaran yang berjaya bukan tentang siapa yang paling ramai dicapai, tetapi siapa yang paling tepat disasarkan. Tanpa pemahaman mendalam tentang audiens sebenar, segala usaha pemasaran hanya akan menjadi bunyi kosong tanpa hasil jualan.

Dapatkan profil pelanggan anda umur, pekerjaan, gaya hidup, masalah yang mereka hadapi, dan apa yang mereka cari. Ini asas semua strategi pemasaran

Jangan bergantung kepada “rasa-rasa”. Gunakan maklum balas pelanggan, data media sosial, atau tinjauan untuk faham apa yang benar-benar menarik minat mereka.

Pelanggan tidak mahu “dibeli”, mereka mahu dibantu. Bina kandungan yang mendidik, menyelesaikan masalah dan menunjukkan nilai sebenar produk anda.

Jalankan kempen kecil dahulu, analisis hasilnya, kemudian optimakan strategi. Pemasaran bukan sekali jalan ia adalah proses pembelajaran berterusan.

Banyak ‘likes’ tidak bermakna jika tiada pembelian. Fokus pada metrik yang menghasilkan hasil sebenar, seperti kadar pertanyaan, kadar conversion dan nilai jualan.

Rencana Terkini

Kategori