Dosa Paling Mahal Seorang Pengarah

Harta Syarikat Bukan Harta Peribadi – Garis Halus yang Ramai Pengarah Langgar!
Isu penting yang ramai usahawan Sdn. Bhd. terlepas pandang. Walaupun pengarah dan pemegang saham hanyalah seorang individu yang sama, undang-undang tetap menganggap syarikat itu entiti berasingan (separate legal entity) daripada individu tersebut
Prinsip Utama
Syarikat dan Pengarah bukan individu yang sama. Di bawah Seksyen 20 Akta Syarikat 2016, sesebuah syarikat diperbadankan (didaftarkan) mempunyai identiti undang-undang tersendiri maksudnya:
- Syarikat boleh memiliki aset, menandatangani kontrak, dan berhutang atas namanya sendiri.
- Pemilik (pengarah/pemegang saham) hanya bertindak sebagai “pengurus” atau “penjaga amanah” terhadap harta syarikat.
Jadi walaupun anda seorang diri pegang semua saham dan jadi pengarah tunggal, harta syarikat bukan milik peribadi anda.
Kesan Kepada Kesalahan
Jika pengarah tunggal menggunakan harta syarikat untuk kegunaan sendiri tanpa dokumentasi atau kelulusan sah, ia masih dikira salah guna harta syarikat di bawah:
- Seksyen 218(1)(a) Larangan menggunakan maklumat, kedudukan, atau peluang syarikat
- Seksyen 213(1) Tidak bertindak dengan niat jujur demi kepentingan syarikat.
Walaupun tiada “lembaga pengarah lain” untuk memberi kebenaran, pengarah tunggal masih wajib rekod keputusan rasmi dalam bentuk:
- Resolusi bertulis (written resolution), atau
- Minit keputusan, ditandatangani sendiri sebagai bukti kelulusan formal.
Jika tiada rekod, ia boleh dianggap – Pengarah menggunakan kuasa tanpa asas undang-undang dan berisiko disiasat atas salah guna kuasa.

Masalah Yang Sering Berlaku
Berikut antara salah laku biasa yang sering dikesan oleh SSM dan LHDN, berdasarkan kes siasatan dan kenyataan media rasmi:
1- Salah guna harta Syarikat – S.218(1)(a)
Guna akaun syarikat untuk tujuan kos peribadi, bayaran keluarga atau pinjaman tanpa rekod.
2- Gagal isytihar kepentingan (conflict of interest) – S.221(1)
Tidak memberitahu lembaga jika kontrak melibatkan ahli keluarga atau diri sendiri
3- Tidak memanggil mesyuarat agung atau lembaga pengarah – S.248 & S.316
Semua keputusan dibuat tanpa minit rasmi atau resolusi sah
4- Tidak menyimpan rekod kewangan yang lengkap – S.245(1)
Buku akaun, invois, dan resit tidak dikemas kini 7 tahun seperti diwajibkan.
5- Gagal mengemukakan penyata tahunan (Annual Return) – S.68
Tidak menyerahkan dokumen tahunan kepada SSM dalam tempoh ditetapkan
6- Membuat pernyataan palsu dalam dokumen rasmi Syarikat – S.591
Memalsukan tandatangan, penyata kewangan, atau resolusi.
7- Tidak bertindak demi kepentingan Syarikat – S.213(1)
Membuat keputusan yang lebih menguntungkan diri atau pihak tertentu.
8- Gagal melapor insolvensi atau hutang tidak mampu bayar – S.132 & S.133
Mengisytiharkan dividen sedangkan syarikat tidak solven.
9- Pengarah ‘sleeping director’ (tiada kawalan sebenar) – S.213 & S.214
Membiarkan syarikat diurus oleh pihak lain tanpa pengawasan, tapi masih tandatangan dokumen rasmi.
10- Tidak mematuhi tatakelakuan pengarah (fiduciary duties) – Bahagian II, Akta Syarikat 2016
Mengabaikan tanggungjawab terhadap pemegang saham dan pekerja
Akibat Jika Disabit Kesalahan Walaupun Pengarah Tunggal
- Denda tinggi hingga RM3 juta bagi salah guna harta.
- Diskualifikasi menjadi pengarah (Seksyen 199).
- Akaun syarikat boleh diaudit atau disiasat oleh SSM.
Walaupun pengarah dan pemegang saham hanya seorang, tanggungjawab undang-undang tetap dua peranan berbeza:
- Sebagai pengarah, anda mesti bertindak demi kepentingan syarikat.
- Sebagai pemegang saham, anda hanya berhak ke atas keuntungan yang diagih (dividen) bukannya harta syarikat.
💡 Amalan Terbaik Untuk Pengarah Tunggal
- Buat semua keputusan rasmi bertulis walaupun anda sendiri yang tandatangan.
- Asingkan akaun bank syarikat dan peribadi.
- Rekod setiap transaksi dengan invois/resit.
- Sediakan laporan kewangan tahunan dan failkan dengan SSM & LHDN.
- Jangan buat bayaran kepada diri sendiri tanpa justifikasi (gaji, elaun atau lain-lain belanja yang sah)
Artikel ini bertujuan memberikan penerangan umum sahaja. Kandungan mungkin diringkaskan daripada teks asal Akta Syarikat 2016 (Companies Act 2016). Untuk maklumat atau rujukan rasmi, sila semak teks literal akta yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau dapatkan nasihat profesional yang berkaitan.
Rujukan Kes Terkini:
https://www.facebook.com/share/p/1AG8X14Ag3/?mibextid=wwXIfr