E-Invoice: Tempoh Interim Sebagai Fasa Penyesuaian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Pelaksanaan sistem E-Invoice oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) merupakan satu langkah strategik ke arah pendigitalan sistem percukaian negara. Seiring dengan aspirasi ini, pihak LHDN telah memperkenalkan tempoh interim sebagai fasa peralihan bagi memastikan peniaga dan pihak berkepentingan dapat menyesuaikan diri dengan sistem baharu yang akan dilaksanakan sepenuhnya pada masa akan datang

Tempoh interim yang diumumkan oleh LHDN bertujuan untuk:

βœ… Memberikan peluang dan ruang kepada peniaga untuk membiasakan diri dengan sistem E-Invoice.

βœ… Membolehkan peniaga memahami aliran proses, keperluan data serta kaedah pelaporan yang betul.

βœ… Mengurangkan risiko kesilapan apabila pelaksanaan penuh dikuatkuasakan kelak

Dalam tempoh interim ini, LHDN menggalakkan peniaga untuk mula mengisytiharkan E-Invoice, walaupun masih dalam peringkat pembelajaran. Antara kelonggaran yang diberikan termasuk:

Tiada denda atau penalti dikenakan sekiranya berlaku kesilapan seperti:

πŸ“ Tersalah key-in maklumat

πŸ“ Tersalah declare transaksi

πŸ“ Kesilapan teknikal atau rekod

Tempoh interim ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh peniaga untuk:

  • Mempelajari struktur dan format E-Invoice
  • Menyelaraskan sistem perakaunan sedia ada
  • Melatih kakitangan yang terlibat
  • Mengenal pasti kelemahan dan penambahbaikan dalam proses dalaman

Selepas tempoh interim berakhir:

Tiada lagi pengecualian diberikan bagi kesilapan pengisytiharan. Sebarang kesalahan seperti:

❌ Tersalah key-in

❌ Tersalah rekod

❌ Gagal declare E-Invoice dengan betul

Contoh eInvoice

Sepanjang tempoh interim:

Peniaga tidak akan dikenakan tindakan walaupun tidak pernah membuat sebarang deklarasi E-Invoice.

Namun begitu, selepas tempoh interim tamat, semua peniaga yang tertakluk kepada pelaksanaan E-Invoice:

βœ… Wajib mematuhi sepenuhnya keperluan sistem

βœ… Tidak lagi diberikan pengecualian daripada denda atau penalti jika berlaku kesalahan

Berdasarkan pengumuman terkini, pelaksanaan E-Invoice untuk jualan dari RM1 – 5 juta secara rasmi adalah bermula Januari 2027.

Tempoh yang ada sebelum tarikh ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh peniaga untuk membuat persediaan dari segi sistem, proses dan pemahaman.

Tempoh interim E-Invoice bukan sekadar tempoh kelonggaran, tetapi merupakan peluang strategik untuk peniaga bersedia menghadapi perubahan besar dalam sistem percukaian negara. Peniaga yang mengambil inisiatif awal untuk belajar dan mencuba akan berada pada kedudukan yang lebih kukuh apabila pelaksanaan penuh bermula kelak.

Rencana Terkini

Kategori