E-Invoice: Faham Cash Basis, Elak Silap Lapor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Dalam fasa peralihan ke arah pendigitalan percukaian, pelaksanaan e-Invoice menjadi topik utama dalam kalangan usahawan dan pengurusan kewangan syarikat. Antara persoalan yang paling kerap ditanya ialah:

Bagi menjelaskan kekeliruan ini, maklumat rasmi telah diperoleh terus daripada E-Invoice Contact Centre LHDN.


Ramai peniaga beranggapan semua invoice yang dikeluarkan perlu terus direkod dalam sistem e-invoice, selari dengan konsep accrual basis dalam perakaunan.

Namun, LHDN menjelaskan bahawa e-Invoice tidak beroperasi berdasarkan accrual basis semata-mata.

๐Ÿ‘‰ Prinsip utama e-Invoice adalah berdasarkan status pembayaran yang telah selesai.

Ini bermaksud:

๐Ÿ“Œ Invoice yang belum dibayar tidak perlu lagi direkod atau diisytiharkan dalam Portal E-Invoice.

๐Ÿ“Œ Fokus e-Invoice adalah kepada transaksi yang telah lengkap dari sudut bayaran, bukan semata-mata tarikh invoice dikeluarkan.


Bagaimana pula jika invoice telah dikeluarkan, tetapi pelanggan hanya membuat bayaran separuh?

Jawapan LHDN adalah jelas :

E-Invoice hanya perlu direkod apabila bayaran invoice telah diselesaikan sepenuhnya.

Ini bermakna:

โœ… Jika bayaran hanya sebahagian, tidak perlu lagi merekod atau mengisytiharkan e-invoice.

โœ… Perlu tunggu sehingga jumlah penuh invoice dilangsaikan, barulah proses rekod/declare dibuat.


โŒ Tidak perlu rekod / declare

๐Ÿ“ Wajib rekod / declare

๐Ÿ’ฐ Tunggu bayaran penuh sebelum rekod / declare


Pelaksanaan e-Invoice bukan sekadar soal sistem, tetapi perubahan cara fikir dalam pengurusan rekod kewangan. Salah faham boleh menyebabkan:

๐Ÿ“Œ Rekod berganda

๐Ÿ“Œ Laporan tidak tepat

๐Ÿ“Œ Risiko pematuhan cukai

๐Ÿ‘‰ Selagi pembayaran invoice belum selesai, selagi itulah e-Invoice tidak perlu direkod.

Memahami prinsip ini dari awal akan membantu perniagaan anda lebih tersusun, patuh dan bersedia menghadapi era digital percukaian.

Rencana Terkini

Kategori