Belum Dapat Surat LHDN, Bukan Bermakna Selamat!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Ramai usahawan rasa selamat selagi LHDN belum bertanya. Itu silap besar!!!..

Masalah cukai bukan bermula bila audit berlaku. Masalah cukai bermula apabila jualan tidak direkod, belanja tiada bukti, akaun bank bercampur, dokumen hilang dan laporan kewangan tidak disediakan dengan betul.

Bila LHDN semak, yang dinilai bukan alasan. Yang dinilai ialah rekod, dokumen dan laporan.

Jika akaun anda tidak lengkap, cukai anda biasanya tidak tepat. Jika cukai tidak tepat, bisnes anda boleh berdepan penalti & cukai tambahan.

Jangan tunggu surat sampai di rumah anda!


Anda berniaga setiap hari, duit masuk ke akaun bank, jualan berjalan, pelanggan bertambah tetapi akaun tidak disusun, cukai tidak dirancang dan rekod kewangan dibiarkan bercampur.

Nampak seperti masalah kecil. Tetapi sebenarnya, itulah punca besar kenapa ramai pemilik bisnes akhirnya berdepan cukai tinggi, penalti, tunggakan, akaun bercelaru dan kesukaran mempertahankan angka jualan apabila diminta penjelasan.

Jika rekod anda tidak lengkap, tidak tersusun atau tidak boleh dibuktikan, bisnes anda berada dalam zon risiko.

Jangan ambil mudah bila:

  • Jualan masuk ke akaun bank tetapi tidak direkod dengan betul.
  • Belanja perniagaan dibayar tetapi resit tidak disimpan.
  • Akaun bisnes bercampur dengan akaun peribadi.
  • Transaksi tunai tidak dicatat.
  • Gaji pekerja tidak direkod secara sistematik.
  • Invois, bil dan dokumen sokongan tidak disusun.
  • Penyata bank tidak pernah disemak dengan laporan akaun.
  • Cukai hanya difikirkan bila sudah sampai tarikh akhir.


Semua ini boleh menyebabkan angka cukai anda menjadi tidak tepat. Bila angka tidak tepat, risiko mula terbuka.

  • Dikenakan cukai tambahan.
  • Tidak dapat mempertahankan belanja perniagaan.
  • Gagal membuktikan pendapatan sebenar.
  • Berdepan penalti kerana laporan tidak lengkap.

Dalam urusan cukai, alasan seperti “saya tak tahu”, “akaun belum siap”, “resit sudah hilang”, “staff yang urus dulu”, atau “saya ingat jumlah itu betul” bukan perlindungan yang kukuh.

Yang diperlukan ialah rekod yang boleh dibuktikan.

  • Jika jualan tinggi tetapi laporan tidak jelas, ia boleh menimbulkan persoalan.
  • Jika belanja besar tetapi tiada dokumen sokongan, ia boleh ditolak.
  • Jika duit keluar masuk banyak tetapi tiada klasifikasi yang betul, ia boleh mengundang semakan lanjut.
  • Jika cukai dihantar tanpa akaun yang kemas, anda mungkin sedang menghantar angka yang berisiko.


Masalah cukai jarang berlaku secara tiba-tiba. Ia biasanya bermula daripada rekod yang lemah, transaksi yang tidak dikawal dan laporan yang dibuat pada saat akhir.


Ramai usahawan marah bila cukai tinggi. Tetapi apabila disemak, masalah sebenar bukan semata-mata kadar cukai. Masalah sebenar ialah:

  • Akaun tidak lengkap.
  • Belanja tidak direkod.
  • Dokumen tidak cukup.
  • Transaksi peribadi bercampur dengan transaksi bisnes.
  • Untung rugi tidak dipantau.
  • Fail cukai tidak disediakan dengan betul.


Bila rekod tidak lengkap, banyak belanja yang sepatutnya membantu mengurangkan keuntungan bercukai mungkin tidak dapat disokong. Rekod untung pula tidak dianalisis, pemilik bisnes tidak tahu jumlah cukai yang perlu disediakan.

Akhirnya, usahawan yang menanggung kesannya, bukan staff, bukan pelanggan, bukan pembekal tetapi pemilik bisnes itu sendiri.


Ramai pemilik bisnes hanya mula bertindak apabila sudah terima surat, itu tindakan sudah terlambat.

Kebiasaannya, tempoh yang diberi untuk menyediakan laporan akaun dan cukai adalah sangat terhad. Dalam situasi tertentu, LHDN boleh meminta dokumen dan laporan disediakan dalam tempoh sekitar 14 hari.

Jika laporan akaun, rekod transaksi dan dokumen sokongan gagal dikemukakan, risiko menjadi lebih serius. LHDN boleh membuat taksiran berdasarkan anggaran di bawah Seksyen 90(3).



AkaunBisnes membantu pemilik perniagaan menyusun akaun, menyediakan laporan kewangan, mengemas rekod transaksi dan mengenal pasti isu cukai lebih awal.

Kami bantu anda lihat keadaan sebenar bisnes melalui rekod yang lebih teratur:

  • Jualan disemak dan direkod.
  • Belanja dikategorikan dengan betul.
  • Penyata bank dianalisis.
  • Dokumen sokongan disusun.
  • Laporan untung rugi disediakan.
  • Isu akaun dikenal pasti lebih awal.
  • Risiko cukai diberi perhatian sebelum menjadi masalah besar.


Matlamat kami mudah:

  • Bantu usahawan berhenti meneka angka bisnes.
  • Bantu usahawan tahu kedudukan kewangan sebenar.
  • Bantu usahawan bersedia sebelum cukai menjadi tekanan.
  • Bantu bisnes bergerak dengan rekod yang lebih kemas, profesional dan boleh dipertahankan.

Perkhidmatan ini sesuai untuk anda jika:

  • Anda sudah berniaga tetapi akaun belum tersusun.
  • Anda tidak pasti untung sebenar bisnes.
  • Anda tidak tahu sama ada cukai anda sudah dilaporkan dengan betul.
  • Anda banyak transaksi bank tetapi tiada laporan lengkap.
  • Anda risau belanja perniagaan tidak cukup bukti.
  • Anda mahu elak kelam-kabut bila sampai tarikh akhir lapor cukai.
  • Anda mahu mohon pinjaman tetapi akaun belum cantik.
  • Anda mahu tahu risiko sebenar sebelum LHDN mula bertanya.
  • Anda mahu bisnes nampak lebih profesional di mata bank, agensi dan pihak berkuasa.


Jika salah satu perkara ini sedang berlaku dalam bisnes anda, jangan tunggu lagi.

Untuk Semak Risiko Akaun & Cukai Bisnes Anda

Anda tidak perlu tunggu akaun sempurna untuk mula bertindak. Anda hanya perlu mula dengan semakan awal. Tekan butang WhatsApp sekarang dan beritahu kami keadaan bisnes anda.

Rencana Terkini

Kategori