Tempoh Proses Penyediaan Akaun Cukai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Ramai pelanggan beranggapan bahawa penyediaan akaun dan pelaporan cukai hanyalah sekadar mengisi borang. Hakikatnya, proses sebenar jauh lebih menyeluruh kerana setiap transaksi perlu direkod, disemak, disahkan dan dinilai mengikut piawaian perakaunan serta kehendak perundangan percukaian yang berkuat kuasa.

Di AkaunBisnes, keutamaan kami bukan sekadar menyiapkan laporan, tetapi memastikan setiap rekod yang disediakan adalah tepat, lengkap dan dapat dipertahankan sekiranya berlaku semakan oleh pihak berkuasa.


Contohnya:

  • Bank Statement kurang daripada 100 halaman.
  • Bilangan transaksi tidak terlalu banyak.
  • Dokumen sokongan lengkap.
  • Pelanggan memberi maklum balas dengan cepat.

Anggaran tempoh siap: kurang dari 3 minggu.

Walau bagaimanapun, tempoh ini masih bergantung kepada proses semakan dan sekiranya terdapat transaksi yang memerlukan penjelasan lanjut daripada pelanggan.


Sekiranya keadaan berikut berlaku:

  • Bank Statement melebihi 100 halaman.
  • Bilangan transaksi adalah sangat banyak.
  • Banyak transaksi yang tidak jelas tujuan atau kategorinya.
  • Dokumen sokongan tidak lengkap.
  • Maklum balas pelanggan mengambil masa kerana komitmen kerja harian.


Anggaran tempoh penyediaan boleh mengambil masa melebihi 1 hingga 3 bulan bagi setiap satu tahun kewangan. Semakin banyak transaksi yang memerlukan pengesahan, semakin panjang tempoh semakan kerana setiap transaksi perlu dinilai secara individu sebelum direkodkan ke dalam sistem perakaunan



Penyediaan akaun dan pelaporan cukai bukan sekadar memasukkan angka ke dalam borang.

Setiap projek lazimnya melalui beberapa peringkat penting seperti:

  • Meneliti keseluruhan Bank Statement.
  • Data entry bagi setiap transaksi satu demi satu.
  • Mengelaskan transaksi mengikut kategori perakaunan yang betul.
  • Meminta penjelasan bagi transaksi yang tidak jelas.
  • Menyemak dokumen sokongan bagi setiap transaksi berkaitan.
  • Memastikan rekod mematuhi piawaian perakaunan dan keperluan undang-undang percukaian.
  • Menyediakan draf Akaun dan pengiraan cukai.
  • Mengadakan semakan serta perbincangan bersama pelanggan sebelum pelaporan dibuat.


Setiap langkah ini penting bagi memastikan laporan kewangan dan cukai adalah tepat serta mengurangkan risiko kesilapan yang boleh memberi implikasi dari sudut pematuhan undang-undang.


Kami amat menghargai kerjasama setiap pelanggan dengan:

  • Memberikan maklum balas dengan segera apabila terdapat pertanyaan.
  • Menyediakan dokumen sokongan yang lengkap.
  • Menjelaskan tujuan setiap transaksi yang tidak jelas.
  • Menyimpan rekod transaksi dengan teratur.


Kerjasama yang baik daripada pelanggan membolehkan proses penyediaan akaun dan pelaporan cukai disiapkan dengan lebih cepat serta mengurangkan keperluan semakan berulang.


Bagi mempercepatkan proses penyediaan akaun untuk tahun-tahun berikutnya, kami amat menggalakkan pelanggan supaya:

  • Merekodkan transaksi perniagaan secara berkala dan tidak menunggu sehingga hujung tahun.
  • Menyimpan semua dokumen sokongan seperti invois, resit, baucar bayaran dan dokumen berkaitan.
  • Menyimpan maklumat tujuan setiap transaksi dengan jelas.
  • Mengemaskini rekod kewangan dari semasa ke semasa.


Sebagai kemudahan kepada pelanggan, AkaunBisnes turut menyediakan Format Rekod Transaksi Excel bagi membantu penyimpanan maklumat transaksi harian secara lebih sistematik. Apabila semua transaksi telah dilengkapkan dalam format yang disediakan, pelanggan hanya perlu menghantar fail tersebut kepada pihak kami untuk proses semakan, pengesahan dan penyediaan akaun serta pelaporan cukai.

Kaedah ini bukan sahaja mempercepatkan proses kerja, malah membantu pelanggan mengetahui kedudukan kewangan semasa perniagaan dengan lebih awal.


Di AkaunBisnes, matlamat kami bukan sekadar menyiapkan laporan dengan cepat, tetapi memastikan setiap rekod kewangan dan pelaporan cukai disediakan secara profesional, tepat dan mematuhi keperluan undang-undang yang ditetapkan.

Setiap transaksi yang direkodkan membawa implikasi terhadap kedudukan kewangan dan cukai sesebuah perniagaan. Oleh itu, kami mengambil pendekatan yang teliti dalam setiap proses semakan bagi melindungi kepentingan pelanggan daripada risiko kesilapan, pelaporan yang tidak tepat atau isu pematuhan pada masa hadapan.

Kami percaya bahawa kerjasama yang baik antara pelanggan dan AkaunBisnes merupakan kunci utama untuk menghasilkan rekod kewangan yang berkualiti, pelaporan cukai yang lebih lancar serta pengurusan perniagaan yang lebih teratur.


Rencana Terkini

Kategori