
Buka Akaun Bank Berasingan
Semakin meningkat penggunaan bayaran QR, jumlah transaksi bank harian turut bertambah sekali gus meningkatkan beban kerja perakaunan dan kos upah pengurusan akaun. Tanpa sistem yang efisien, setiap transaksi kecil perlu direkod secara terperinci, menjadikan proses bookkeeping lebih rumit, memakan masa dan akhirnya memberi tekanan kepada kos operasi perniagaan.
Kami memperkenalkan satu strategi mudah yang berkesan dan mampu membantu usahawan mengawal dan mengurangkan kos perakaunan secara konsisten, iaitu melalui penggunaan akaun bank secara berasingan.
Konsep Mudah, Impak Besar
Strategi ini berasaskan pemisahan fungsi akaun bank kepada dua kategori utama:
1. Akaun Bank Untuk Jualan
Akaun ini digunakan khusus untuk menerima bayaran daripada pelanggan seperti:
✅ QR Pay
✅ Pemindahan bank
✅ Sebarang bayaran masuk sahaja
2. Akaun Bank Untuk Perbelanjaan
Akaun ini pula digunakan sepenuhnya untuk urusan perbelanjaan syarikat seperti:
✅ Bayaran kepada pembekal
✅ Gaji pekerja
✅ Sewa premis
✅ Bil utiliti
✅ Perbelanjaan operasi lain
Cara Sistem Ini Berfungsi
Pendekatannya cukup sistematik:
🟡 Semua transaksi jualan masuk ke akaun collection
🟡 Tiada perbelanjaan dibuat daripada akaun ini
🟡 Jumlah terkumpul dipindahkan sekali gus ke akaun utama
🟡 Semua transaksi keluar hanya berlaku melalui akaun utama
Kenapa Strategi Ini Menjimatkan Kos?
Dalam perakaunan, setiap transaksi bank perlu direkodkan. Lebih banyak transaksi kecil, seperti bayaran harian melalui QR/Transfer lebih tinggi beban kerja data entry.
Dengan menggunakan sistem ini:
✅ Transaksi masuk yang banyak dikumpulkan dalam akaun collection
✅ Akaun utama hanya menerima satu transaksi lumpsum sebulan/mingguan
✅ Jumlah transaksi yang perlu direkodkan dalam akaun utama menjadi jauh lebih sedikit
Hasilnya, kerja perakaunan menjadi lebih ringkas, tersusun dan cepat disiapkan seterusnya membantu mengurangkan kos upah akaun.
Sistem Disarankan Untuk Usahawan
Berikut langkah praktikal untuk melaksanakan strategi ini:
📌 Buka satu akaun bank baharu sebagai akaun utama
📌 Gunakan akaun sedia ada sebagai akaun collection QR
📌 Elakkan guna akaun collection untuk perbelanjaan
📌 Buat pindahan lumpsum setiap hujung bulan/mingguan
📌 Pastikan semua bayaran dibuat hanya melalui akaun utama
Siapa Patut Gunakan Sistem Ini?
Strategi ini amat sesuai untuk:
Kedai runcit
Kafe dan restoran
Perniagaan berasaskan servis
Usahawan SME yang menggunakan QR
Disiplin Kecil, Penjimatan Besar
Walaupun kelihatan seperti perubahan kecil, pemisahan akaun bank ini memberi kesan besar kepada kecekapan operasi kewangan. Ia bukan sahaja membantu menjimatkan kos perakaunan, malah menjadikan rekod kewangan lebih kemas, telus dan mudah dianalisis.