Seksyen 78 Akta Cukai Pendapatan 1967

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

Bisnes dah cukup mencabar, jangan tambah tekanan dengan masalah yang sebenarnya boleh diselesaikan.

Bila Surat Ini Sampai, Keadaan Sudah Serius.

Ramai usahawan masih beranggapan bahawa selagi mereka tidak menerima surat audit, mereka masih “selamat”. Hakikatnya, lawatan pegawai LHDN ke premis atau kediaman selalunya berlaku sebelum surat rasmi dikeluarkan.

Dokumen yang dikongsikan ini menunjukkan Notis di bawah Seksyen 78 Akta Cukai Pendapatan 1967, yang dikeluarkan selepas pegawai LHDN hadir ke premis dan mendapati pemilik perniagaan tiada di lokasi atau lain-lain keadaan yang tidak dapat berurusan dengan pemilik perniagaan.


Bayangkan satu pagi…

Seorang pegawai LHDN datang ke pejabat anda.

Mereka tidak membuat bising.

Tidak membawa media.

Tidak menghubungi anda terlebih dahulu.

Mereka hanya membuat pemerhatian.

✔️ Adakah premis benar-benar beroperasi?

✔️ Adakah perniagaan wujud?

✔️ Siapa yang berada di pejabat?

✔️ Adakah alamat SSM sepadan dengan operasi sebenar?

Jika tiada siapa di premis atau maklumat tidak dapat disahkan, mereka boleh meninggalkan satu notis rasmi.

Apabila anda pulang ke pejabat…

Surat itu sudah menunggu anda.

Pada waktu itu, proses pemeriksaan telah pun bermula.


Sebenarnya Tidak.

Ramai menganggap audit hanya bermula apabila pegawai meminta penyata bank atau buku akaun.

Sebenarnya, proses risikan dan pengesahan maklumat boleh bermula lebih awal.

LHDN mempunyai kuasa untuk mendapatkan maklumat, membuat lawatan serta meminta pembayar cukai hadir dengan dokumen yang diperlukan di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan. Dalam notis tersebut, pembayar cukai diarahkan hadir ke pejabat LHDN bersama dokumen yang disenaraikan dalam Lampiran surat.


Antara dokumen yang diminta dalam Lampiran Surat ialah:

  • Dokumen pendaftaran SSM
  • Profil syarikat
  • Maklumat pemilik
  • Penyata bank
  • Penyata kewangan
  • Borang Nyata Cukai Pendapatan


Semua dokumen ini menjadi asas untuk LHDN menilai kedudukan cukai sesuatu perniagaan. 


Inilah bahagian yang ramai abaikan.

Dalam notis tersebut turut dinyatakan bahawa kegagalan mematuhi notis boleh menjadi satu kesalahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Jika disabitkan, pembayar cukai boleh dikenakan denda atau hukuman lain sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang. 

Ini bukan sekadar surat peringatan.

Ia adalah notis yang mempunyai implikasi undang-undang.


Inilah ayat yang paling kerap kami dengar.

Tetapi realitinya…

LHDN tidak melihat saiz syarikat semata-mata.

Mereka boleh menilai pelbagai faktor seperti:

  • Rekod cukai yang tidak konsisten.
  • Alamat perniagaan yang tidak dapat disahkan.
  • Kegagalan mengemukakan borang cukai.
  • Maklumat daripada pihak ketiga.
  • Percanggahan data yang diterima melalui sistem percukaian.


Setiap kes mempunyai fakta dan sebab tersendiri.


Ramai usahawan hanya mula mencari akauntan selepas menerima notis.

Masalahnya…

Pada ketika itu:

❌ Resit hilang.

❌ Akaun tidak dikemaskini.

❌ Penyata bank bercampur urusan peribadi.

❌ Tiada rekod yang lengkap.

❌ Tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan pegawai.

Tekanan ketika itu jauh lebih tinggi berbanding kos dan usaha menyediakan rekod lebih awal.


Jika perniagaan anda masih mempunyai keadaan seperti berikut:

  • Akaun belum siap.
  • Cukai beberapa tahun belum difailkan.
  • Menggunakan akaun peribadi untuk urusan bisnes.
  • Tidak pasti sama ada rekod cukai lengkap.
  • Tidak pernah membuat semakan pematuhan cukai.


Sekarang ialah masa terbaik untuk membuat semakan.

Bukan kerana takut kepada LHDN.

Tetapi kerana sebagai usahawan, rekod yang lengkap dan pematuhan cukai yang baik akan memudahkan urusan apabila diminta memberikan penjelasan atau dokumen.

Rencana Terkini

Kategori