
Panduan Rasmi E-Invoice Daripada Contact Centre LHDN
Dalam fasa peralihan ke arah pendigitalan percukaian, pelaksanaan e-Invoice menjadi topik utama dalam kalangan usahawan dan pengurusan kewangan syarikat. Antara persoalan yang paling kerap ditanya ialah:
Perlukah e-invoice direkod berdasarkan accrual basis atau cash basis?
Bagaimana pula jika bayaran hanya dibuat sebahagian?
Bagi menjelaskan kekeliruan ini, maklumat rasmi telah diperoleh terus daripada E-Invoice Contact Centre LHDN.
Isu 1: Accrual Basis atau Cash Basis?
Ramai peniaga beranggapan semua invoice yang dikeluarkan perlu terus direkod dalam sistem e-invoice, selari dengan konsep accrual basis dalam perakaunan.
Namun, LHDN menjelaskan bahawa e-Invoice tidak beroperasi berdasarkan accrual basis semata-mata.
๐ Prinsip utama e-Invoice adalah berdasarkan status pembayaran yang telah selesai.
Ini bermaksud:
๐ Invoice yang belum dibayar tidak perlu lagi direkod atau diisytiharkan dalam Portal E-Invoice.
๐ Fokus e-Invoice adalah kepada transaksi yang telah lengkap dari sudut bayaran, bukan semata-mata tarikh invoice dikeluarkan.
Isu 2: Bayaran Separuh โ Rekod Amaun Mana?
Bagaimana pula jika invoice telah dikeluarkan, tetapi pelanggan hanya membuat bayaran separuh?
Jawapan LHDN adalah jelas :
E-Invoice hanya perlu direkod apabila bayaran invoice telah diselesaikan sepenuhnya.
Ini bermakna:
โ Jika bayaran hanya sebahagian, tidak perlu lagi merekod atau mengisytiharkan e-invoice.
โ Perlu tunggu sehingga jumlah penuh invoice dilangsaikan, barulah proses rekod/declare dibuat.

Garis Panduan Ringkas E-Invoice
๐Invoice dikeluarkan tetapi belum dibayar
โ Tidak perlu rekod / declare
๐Invoice dikeluarkan & bayaran telah selesai sepenuhnya
๐ Wajib rekod / declare
๐Invoice dikeluarkan & bayaran separuh
๐ฐ Tunggu bayaran penuh sebelum rekod / declare
Kesimpulan untuk Usahawan
Pelaksanaan e-Invoice bukan sekadar soal sistem, tetapi perubahan cara fikir dalam pengurusan rekod kewangan. Salah faham boleh menyebabkan:
๐ Rekod berganda
๐ Laporan tidak tepat
๐ Risiko pematuhan cukai
๐ Selagi pembayaran invoice belum selesai, selagi itulah e-Invoice tidak perlu direkod.
Memahami prinsip ini dari awal akan membantu perniagaan anda lebih tersusun, patuh dan bersedia menghadapi era digital percukaian.